Dalam hati berdebar2 harap semua perjalan ngan lancar rasanya semua dah pesan dan ajar termasuk semalam dah try bagi umar susu guna botol dia ok je...
Sampai kat opis tel bibik tanya ok ke tak?.... macam tu gak ngan jam2 berikutnya sampai nak tunggu tengahari... antara ayat yang di tanya.
Ibu : umar dah susu kak? dia nak tak?
Bibik : Udah 2 sesi. dia mahu...
Ibu : Aina macamana ok tak? Dia nak makan?
Bibik : Dia ngak mahu makan, di pujuk ngan mahu jugak. aduh hari nie ribut....
Ibu : tak pe la akak baru2 tak biasa lagi... tengahar nanti saya balik
so buat la keje kat opis yang dah bertimbun2 tu
sampai kat rumah masa tengahari.... terus susu kan umar... nampak dia bersungguh2 menyusu... pelik jugak. tengok bibik tengah suap makan tengahari kat aina (pagi dia langsung tak nak makan) tengok dalam pinggan tu rasa macam nasi goreng pagi tadi je.... sian kat aina makan pagi di bgnya makan tengahari (terus je bagi tahu kat bibik tak boleh buat macam tu lain kali) lepas umar siap menyusu terus tengok susu dalam peti ais. ada 3 botol lagi yang mana 2 botol dah luak 1 onz. terus tanya kat bibik :
Ibu : Tadi akak kata umar dah susu 2 kali, tapi kenapa susunya masih ada 3 botol?
Bibik : sudah-sudah di bagi tadi, yang ni (sambil tunjuk kan botol dengan penuh comfident) bagi satu sesi , yang nie bagi satu sesi.
Ibu : akak bagi dia 1 oz je? (sambil tunjukkan no kat botol tu)
Bibik : ha a...udah 2 sesi
Ibu : Ya Allah... satu botol untuk satu sesi kak... kena dihabiskan bukannya bagi 1 oz je... kesian dekat umar... mana cukup minum susu 1 oz je
tu la trajedinya sian kat anak aku... minum 2 oz je dari pagi sampai tengahari... patutla dia menyusu bersungguh tadi....
No comments:
Post a Comment