So seminggu sebelum p kursus tu macam2 yang aku makan untuk tambahkan susu aku... antaranya longan kering, minum susu (sebelum nie aku tak boleh nak telan susu) minum air banyak dan makan lobak putih....
selain tu gak aku tambahkan proses mengepam.... konon nyer la... pam waktu malam... sebelum nie aku tak pernah buat... dapat la 2 kali je... sungguh aku tak setabah ibu-ibu yang lain.
hasilnyer ... entah la aku pun tak pasti... tapi sebelum pergi aku kira stok susu ada la dalam 38 bungkus... aku target paling banyak pun umar akan menyusu menggunakan sehari 10 bungkus... harapnyer cukup la... hasil lain yang nampak nyata ialah berat badan aku naik jadi 56kg... kalau dulu 56kg merupakan berat semasa aku mengandung 6 bulan.... dasyat sungguh nie.
selain stok susu, yang mendebarkan aku ialah boleh ke umar tido malam nie... dah lama sangat aku tak tinggal dia, last masa umur dia dalam 5 bulan aritu masa kakak dia aina admid hospital. harapnyer semua berjalan lancar.
alhamdullillah aku dah sampai rumah.... umar ceria tengok aku... hubby kata malam dia menyusu sekali je... dia asyik gelisah sepanjang malam tapi tak nak menyusu. malam pertama dia menyusu pukul 3 pagi je, malam ke 2 lak menyusu pukul 2 je.... cian kat anak ibu... mesti tdo ngan tak selesa. jadinya stok susu aku tak banyak la yang habis.
nak cite masa kat kursus tu biliik yang disediakan tu tak de peti sejuk... so setiap kali pam aku terpaksa la turun ke dapur untuk tumpang peti ais restorans... mencabar gak la..nasib baik dapat kerjasama dari diorang. cuma malam je la aku tak turun ke dapur diorang coz aku gunakan cooler beg je. alhamdullillah dapat la juga buat stok, yang menguatkan semangat aku ada 2 orang lagi ibu yang berjuang macam aku.
buat tuan puan rumah rehat bentong... tq atas sokongan dan bantuan kalian semua...
No comments:
Post a Comment