Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tinggal 2009

Sepanjang 2009..... pelbagai kenangan manis, indah, pahit, masam, masin yang perlu dikongsi bersama antaranya :


Hari Raya Aidilfitri

Tahun nie raya blah aku, nie bermakna pagi raya kat rumah mak and petang balik rmh mak mertua. Tahun nie persiapan raya agak rajin sikit berbanding tahun lepas. Buat julung-julung kalinya raya aku buat kek ngan biskut raya. walaupun tak menjadi kek raya aku tapi habis gak anak buah makan he.. he...




Nie gambar masa pagi raya .... puas pujuk najihah tengok camera, tapi dia tetap tak nak... so jadi la macam tu gambar raya kami.

Warna tema tahun nie oren... tak sangka lak ramai yang suka oren tahun nie, aku, adik ngan kak ipar sama warna ler jadinya.



Sepupu 4 sekawan

Nie 4 sepupu yang selalu jadi perhatian ... sebab diorang nie lahir tahun yang sama. tahun tu kira nenek letih la jaga anak berpantang 4 kali.
Tahun nie kebetulan baju diaorang sepadanan pulak. Yang bertudung biru manis tu namanyer aini lahir bulan 3, yang bersongkok, 2 hero hensem tu namanya adam ngan naqib diaorang nie lahir bulan 6, yang sepecialnya diaorang lahir selang sehari je. dan yang dok termenung tu najihah lahir bulan 9. Tahun nie umur diaorang 4 tahun.


Bergambar ngan Abah & Mak
Hah nie time bergambar ngan abah & mak.... ehh... sapa lak yang ada kat belakang tu... hah tu la naqib, kira aku dah dapat anak lelaki la..... yang best nyer najihah pun sama gak... masa sesi bergambar family adik beradik yang lain, semua gambar ada muka dia... kira tambahan ahli keluarga secara tiba-tiba. Gambar nie gelap sikit sebab adik beli camera baru, so tak biasa lagi. tapi aku suka yang penting ada camera man... so tak yah la aku nak usung camera sendiri kesana kemari.


Keluarga Besar Hj Ismail ngan Hjh Rosminah

Nie semua gambar adik beradik saya ... cuma tahun nie adik ngan akak je tak de sebab raya kat blah mertua masing-masing.


Jom layan gambar raya yang lain........

orang kata biar papa asal bergaya.... tapi yang ni pulak kes biar lambat asal bergaya...
gara-gara nak melaram dengan kasut tumitnyer anak dara aku nie sanggup lambat pakai kasut janji nampak bergaya.




No comments:

Post a Comment