Thursday, December 17, 2009

BIRTHDAY NAJIHAH YANG KE 4

Happy Birthday Anak ibu......

Hah... sempenumpa abang buat open house raya aku pun ambil kesempatan sambut b'day najihah. kira tumpang majlis la nie.... he.. he... rasanya tahun lepas pun sama gak... ye la najihah lahir masa nak masuk bln posa aritu so .birthday dia dah 2 kali jatuh masa bulan syawal.

Atas permintaan my princess dia nak birthday kek gambar Barbie/princess so alhamdullilah berjaya gak tunaikan...


Masa sampai tu mekap ada lagi... bukan main lagi aku ikatkan rambut dia kemas-kemas. time potong kek baju najihah dah basah kuyup ngan peluh dok seronok main dengan sepupunya yang lain.


Time tiup lilin dia rasa seronok sgt siap tersipu-sipu lagi sebab semua orang pandang dia... he... he... kelakar bila ingat balik.

Tukang pasang lilin akak aku... jenuh dia kena pasang lilin banyak kali sebab ramai yang nak take turn nak tiup lilin.









Tengok tu... aina kat belakang dah menunggu turn meniup








hah... kantoi.... gambar yang kat bawah nie.. ibu dia pun joint sekali teringin nak tiup lilin... ishk... ishk.... ada ke patut...


Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tinggal 2009

Sepanjang 2009..... pelbagai kenangan manis, indah, pahit, masam, masin yang perlu dikongsi bersama antaranya :


Hari Raya Aidilfitri

Tahun nie raya blah aku, nie bermakna pagi raya kat rumah mak and petang balik rmh mak mertua. Tahun nie persiapan raya agak rajin sikit berbanding tahun lepas. Buat julung-julung kalinya raya aku buat kek ngan biskut raya. walaupun tak menjadi kek raya aku tapi habis gak anak buah makan he.. he...




Nie gambar masa pagi raya .... puas pujuk najihah tengok camera, tapi dia tetap tak nak... so jadi la macam tu gambar raya kami.

Warna tema tahun nie oren... tak sangka lak ramai yang suka oren tahun nie, aku, adik ngan kak ipar sama warna ler jadinya.



Sepupu 4 sekawan

Nie 4 sepupu yang selalu jadi perhatian ... sebab diorang nie lahir tahun yang sama. tahun tu kira nenek letih la jaga anak berpantang 4 kali.
Tahun nie kebetulan baju diaorang sepadanan pulak. Yang bertudung biru manis tu namanyer aini lahir bulan 3, yang bersongkok, 2 hero hensem tu namanya adam ngan naqib diaorang nie lahir bulan 6, yang sepecialnya diaorang lahir selang sehari je. dan yang dok termenung tu najihah lahir bulan 9. Tahun nie umur diaorang 4 tahun.


Bergambar ngan Abah & Mak
Hah nie time bergambar ngan abah & mak.... ehh... sapa lak yang ada kat belakang tu... hah tu la naqib, kira aku dah dapat anak lelaki la..... yang best nyer najihah pun sama gak... masa sesi bergambar family adik beradik yang lain, semua gambar ada muka dia... kira tambahan ahli keluarga secara tiba-tiba. Gambar nie gelap sikit sebab adik beli camera baru, so tak biasa lagi. tapi aku suka yang penting ada camera man... so tak yah la aku nak usung camera sendiri kesana kemari.


Keluarga Besar Hj Ismail ngan Hjh Rosminah

Nie semua gambar adik beradik saya ... cuma tahun nie adik ngan akak je tak de sebab raya kat blah mertua masing-masing.


Jom layan gambar raya yang lain........

orang kata biar papa asal bergaya.... tapi yang ni pulak kes biar lambat asal bergaya...
gara-gara nak melaram dengan kasut tumitnyer anak dara aku nie sanggup lambat pakai kasut janji nampak bergaya.




Lamernyer tak tgk blog !!!!!!

salam...

Lama betul tak bukak blog sampai aku dah lupa alamat ngan password... lawak kan...
em... semuanya gara-gara exam lar....
tahun nie dalam sejarah aku kena handle exam.... walaupun sebelum nie paper yang aku ajar tak de final. nak dipendekkan cite aku memang tak tahu apa-apa pasal exam, hanya tahu jaga exam teori je...
tapi dah nasib/rezeki aku.....
secara keseluruhan setakat nie (dah habis exam) aku rasa sangat2 mencabar la bagi aku....
dulu masa kena settup khidmat pelanggan mencabar gak tapi yang nie cabarannya lain.
Cian anak aku dalam perut nie sampai aku rasa mengandung kali nie tak dapat nak bagi tumpuan menghayati bahawa aku nie mengandung (minggu nie dah masuk 23 minggu dah).

Sekarang nie semua orang dik sibuk nak habiskan cuti... tapi aku tak habis lagi nak siapkan kerja. cuti memang la banyak lagi.... sedih betulla... sekolah anak pun tak daftarkan lagi...
pendek kata macam-macam sebenarnya perkara hujung tahun yang aku tak berjaya settlekan lagi.

hari nie aku saja je... bermalasan nak buat kerja. pagi tadi je aku buat kerja-kerja exam. pastu aku teringatkan blog aku yang hampir kena blog.. so bukak dah mulalah meluah perasaan