Sunday, November 4, 2012

Musim hujan dah datang!!! so petang2 sure la lapar kan hari nie baking Marble Cheese Cake Bahan A 250gm cream cheese (suhu bilik) 50gm gula kastor 3 biji kuning telur 2 sdb tepung jagung 1 sdt esen limau / sunquick pun boleh Bahan B 3 biji putih telur 50 gm gula castor 1 sdt cream of tar tar Untuk Topping lak Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 1/4 cawan serbuk koko (VAN HOUTEN) 1/3 cawan susu pekat manis 2 sudu besar butter 1 sudu besar air panas @ 1 sudu besar susu segar (susu lain pun boleh) Cara-cara Menggunakan kaedah double-boiling (harapnye semua tahu la ni),cairkan butter dahulu Masukkan serbuk koko,susu pekat,dan air panas. Siap ! Tips : boleh kurangkan susu pekat kalau manis sangat.kalau x suka susu pekat,rasa nk guna gula jugak,dipersilakan :) Tapi kalau guna gula,masukkan gula kastor 1 1/2 cawan

Friday, January 27, 2012

Welcome 2012

Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan, rahmat, kesihatan, kemudahan, kejayaan kebahagiaan dan keredhaan untuk kami sekeluarga..... amin

lama betul tak jengik blog..... hampir lupa alamat blog tadi hu hu





My Stick Family from WiddlyTinks.com

Monday, April 11, 2011

Bibik dah tak ada...

tu la cite terbaru.... ce cita ce cita.... bibik dah dihantar pulang dong...

Maid tak lepas fomema sebab ada hipetitis B, sangat bahaya... jadi semua anak ibu terpaksa dok kat taska. Aina pagi hantar ke play school, tengahari balik ke taska, najihah pulak sekolah macam biasa tengahari ibu hantar dia ke taska.

Minggu pertama ngan kedua anak2 ibu berada di taska adalah cabaran besar untuk ibu. setiap kali dah nak sampai taska ibu pasti sedih sangat tak sampai hati nak tinggalkan anak2 ibu kat taska terutamanya umar, Allah je tahu perasaan ibu masa tu...

paling sedih tengok umar, hari pertama je suara dia dah bertukar jadi serak ngan besar, sure la banyak sangat nagis. aina pulak mcam biasa la dia tak nak makan, kakak je yang melegakan sikit, cuma dia tak boleh tido la (najihah tak boleh tdo kalau bising)

minggu pertama jugak la ibu ada konvo, so memang banyak sangat keje, pastu hujung minggu kena keja, untuk konvo. bandan rasa letih tak boleh nak cakap, makan pun selalu sangat lewat so perut masuk angin dan terus tak boleh nak makan. bila bangun tdo kaki nak pijakkat lantai pun sakit dah. yang sedih nya susu ibu dah kurang sangat dah sedih sangat.

sekarang nie dah minggu ke 3, alhamdulillah umar dah ok sikit kat taska, aina masih macam tu jugak la, so sampai rumah kena terus suap dia makan. Makan apa? ha ha... dah la tul tak masak. sian kat anak2 ibu...

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Bibik lagi.. First Day

Dalam hati berdebar2 harap semua perjalan ngan lancar rasanya semua dah pesan dan ajar termasuk semalam dah try bagi umar susu guna botol dia ok je...

Sampai kat opis tel bibik tanya ok ke tak?.... macam tu gak ngan jam2 berikutnya sampai nak tunggu tengahari... antara ayat yang di tanya.
Ibu : umar dah susu kak? dia nak tak?
Bibik : Udah 2 sesi. dia mahu...
Ibu : Aina macamana ok tak? Dia nak makan?
Bibik : Dia ngak mahu makan, di pujuk ngan mahu jugak. aduh hari nie ribut....
Ibu : tak pe la akak baru2 tak biasa lagi... tengahar nanti saya balik

so buat la keje kat opis yang dah bertimbun2 tu

sampai kat rumah masa tengahari.... terus susu kan umar... nampak dia bersungguh2 menyusu... pelik jugak. tengok bibik tengah suap makan tengahari kat aina (pagi dia langsung tak nak makan) tengok dalam pinggan tu rasa macam nasi goreng pagi tadi je.... sian kat aina makan pagi di bgnya makan tengahari (terus je bagi tahu kat bibik tak boleh buat macam tu lain kali) lepas umar siap menyusu terus tengok susu dalam peti ais. ada 3 botol lagi yang mana 2 botol dah luak 1 onz. terus tanya kat bibik :

Ibu : Tadi akak kata umar dah susu 2 kali, tapi kenapa susunya masih ada 3 botol?
Bibik : sudah-sudah di bagi tadi, yang ni (sambil tunjuk kan botol dengan penuh comfident) bagi satu sesi , yang nie bagi satu sesi.
Ibu : akak bagi dia 1 oz je? (sambil tunjukkan no kat botol tu)
Bibik : ha a...udah 2 sesi
Ibu : Ya Allah... satu botol untuk satu sesi kak... kena dihabiskan bukannya bagi 1 oz je... kesian dekat umar... mana cukup minum susu 1 oz je

tu la trajedinya sian kat anak aku... minum 2 oz je dari pagi sampai tengahari... patutla dia menyusu bersungguh tadi....

Saturday, February 5, 2011

Bibik o... bibik...

Tanpa mu hidup ku agak kelam kabut....

3 minggu bibik tak ada ... banyak betul dugaan datang pada masa yang sama... so jadinya kelam kabut la... Kerja kat opis pulak tengah banyak... nasib baik ada kawan2 yang sangat baik hati dan suka membantu....tq semua kerana memahami.... meting di luar 2x yang sangat penting dengan kerja aku... aku tak dapat p... mujur ada kawan yang sudi ganti... dah bos sangat memahami, kalau tak tak tahu la apa nak jadi....

Kelas... banyaknya kena buat kelas ganti Law... dah la tak biasa ajar law... nasib badan la... Isnin nei keja banyak benda yang nak di settle kan setelah lama tertangguh...

Ya Allah permudahkan la urusanku alam menjalankan tugas sebagai seorang anak, isteri, ibu dan hamba Mu.... amin...

Akhirnya bibik yang di tunggu2 sampai dah ... la nie tangah tranning apa yang patut... lega sangat boleh fokus keja lepas ni.

Ari nie akhirnya tercapai impian nak beli hp idaman... Alhamdulillah...

Saturday, January 8, 2011

Layan gambar najihah masa kecik2 dulu

Sekolah telah buka kembali....

Tahun nie aku sekolahkan najihah dekat ngan opis aku...walaupun penat dan banyak dugaan yang akan melanda namun aku kena kuatkan semangat kerana beberapa alasan :

1. Sekolah lama najihah ok, cuma aku risau pasal van sekolah. tahun lepas je 3 kali tukar van secara tiba2 tanpa sempat aku pesan/bagitahu dia. akibatnya sekarang nie najihah senang sangat nak ikut sapa2 yang ajak dia balik sekolah.... so aku sangat risau.


2. Dialog nie banyak kali dah berulang

Najihah : kenapa ibu tak pernah hanya kite pergi sekolah?
Ibu : ibu kan kerja, tempat kerja ibu kat jauh...
Najihah : ala... ibu kawan kite pun keje jugak tapi dia hantar anak dia pergi sekolah

tersentuh hati aku setiap kali Najihah cakap macam tu... sesekali time cuti aku hantar ngan amik dia sekolah dia akan suka sangat sampai tersipu2, pastu dia akan mintak aku jumpa cikgu dia....

so atas alasan tersebut la.... aku tukar sekolah najihah so aku berpeluang hantar ngan amik dia...

harapan aku semoga dia dapat belanjar ngan gembira dan ceria


3. Masa untuk puteri ku yang sulung....
Sebelum nie, bila sampai rumah aku sibuk ngan umar (mengusukan) pastu masak. so dua orang puteri ku aku rasa kesian kan dia... macam tak de masa untuk mereka. so bila buat keputusan untuk tukar sekolah najihah aku berharap dapat luangkan masa yang banyak untuk dia....


4. Pantau prestasi sekolah najihah
Tahun depan najihah dah nak masuk darjah 1, so aku daha kena take serius prestasi sekola dia... aku ada plan .... sepanjang perjalanan ke sekolah (dalam kereta) aku akan ajar dia baca.... setakat nie baru seminggu... alhamdulillah najihah dah dapat baca 1/2 buku.


5. sekolah yang baru macam lebih baik
tu la harapan aku... berdasarkan pengalaman kawan2 ku... sekolah tu sangat bagus... so besar harapan ku agar sekolah tu dapat bantu anak ku untuk maju...

tu la antara alasan aku mengapa tukarkan sekolah najihah...

minggu pertama nie dugaanya...
1. letih sangat ulang alik dari rumah ke opis 2x sehari
2. kos minyak meningkat
3. najihah terpaksa ponting sekolah bila aku bercuti - hantar umar ke hospital untuk buat check up
4. bila aku ada meting kat luar aku terpaksa p kolej dulu untuk hantar najihah, walaupun sepatutnya aku boleh p tempat tu terus. dan masa balik tak de sapa nak amik najihah. alhamdullillah aku dapat kawan2 yang baik... tq cah, puteri dan andak yang bantu aku amik najihah dan tolong jaga anak aku... (hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya)
5. Kalau aku ada meeting lama kat luar macamana ek... tak kan najihah nak ponteng lama... pening aku.... Ya ALLAH permudahkan lah urusan hamba mu ini


semoga anak ku dapat belajar ngan baik dan mencapai kecemerlangan... amin