Monday, August 10, 2009

KeLuArGa BaHAgiA

em....suka sangat tengok gambar nie... gambar ibu ngan ayah tu amik masa kat zoo negara (najihah yang amik gambar-pandai anak ibu) masa tu ibu tengah ngandungkan aina. gambar najihah lak masa birthday party cousin kat kg masa raya, gambar aina masa kat rumah time dia baru pandai meniarap

Citer my hubby lak

Hubby i nie kenal masa belajar kat poli dulu POLISAS ngan POLIKU, satu kelas lagi tu... he..he.... memang dah jodoh kami. Asal pun sama tempat Batu Pahat, dalam 15 minit sampai la rumah mak mertua...... so yang penting balik raya tak de sebab nak gaduh.....he.. he...

ha.... nie la dia ..... ayah kepada puteri-puteri ku... (susah gak nak cari gambar nie coz semua gambar anak je yang banyak) em... seorang suami yang memahami dan yang paling best ringan tulang untuk bantu i buat kerja-kerja rumah.

Sunday, August 9, 2009

Buah hati ku....




1st Princess





Namer nyer NuR Atiqah Najihah... panggil Najihah je.. Umur 4 tahun. Dia nie active sgt sampai tak boleh dok diam. Suka sangat nak jadi princess ... kalau dulu bila orang tanya dah besar nak jadi apa, dia akan jawab nak jadi doktor, tapi sekarang kalau tanya dia akan jawab 'kite tak nak jadi doktor, kite nak jadi princess'









2nd Princess












Ha.... nie aina, nama penuh Nur Aina Madihah. Umur baru je genap setahun pada 2 Ogos aitu. Aina sekarang tengah seronok berjalan, setiap petang lepas makan ngan mandi dia akan tarik je tangan sapa-sapa ajak p play ground kat belakang rumah... kalau hampa kan dia... dia akan tak senang duduk.

Kolej Komuniti terpisah ngan Politeknik

Dah lama gak dengar cite nie... tapi setakat cakap2cakap je la. Semalam ada kluar berita, maksudnya betul ta tu... Tak tahu la apa nasib lepas nie...


Kolej Komuniti Mungkin Diasing Dari Jabatan Politeknik - Khaled Nordin

JOHOR BAHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan untuk mengasingkan Kolej Komuniti daripada kelolaan Jabatan Politeknik bagi membolehkan kolej terseut yang semakin penting peranannya dapat bergerak secara bebas dan boleh mengadakan pelbagai program yang membangunkan masyarakat.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia termasuk untuk membolehkan kolej berkenaan mengadakan program jangka pendek selama tiga bulan kepada belia untuk memasuki pasaran kerja."Kebanyakan program adalah jangka panjang iaitu memakan masa selama dua tahun, sedangkan sekurang-kurangnya 100,000 golongan belia didapati tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Pasir Gudang, di sini pada hari Sabtu.Lebih 300 peserta jangka pendek seperti kursus pembuatan roti canai, cendol dan dandanan rambut menerima sijil pada majlis tersebut.Mohamed Khaled juga berkata 10 lagi cawangan Kolej Komuniti akan dibuka di seluruh negara tahun ini, tambahan kepada 58 buah yang sedia ada.
BERNAMA

Takut nyer VIRUS H1N1

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama)
Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari Ahad menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.Beliau berkata satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini pada hari Ahad.Liow berkata dua daripada kes itu adalah dari Sabah.Katanya yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan."Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.Liow berkata 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sejumlah 202 kes baru H1N1 yang melibatkan jangkitan tempatan dilaporkan Ahad.Kesemua mereka adalah rakyat tempatan, katanya dalam satu kenyataan.Dr Mohd Ismail berkata dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,780 kes.Beliau turut meminta orang ramai supaya serius mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan iaitu mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan segera.Mereka dalam kategori berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, berpenyakit asma, paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovascular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, diabetes, obes dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah.Kumpulan ini akan diberikan rawatan anti-viral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal, dan ianya sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula. Dr Mohd Ismail berkata maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati melalui hotline yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau melayari laman web kementerian di http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my
-- BERNAMA

Try-try

Salam... em... suka baca blog kekawan hari nie entah macam mana boleh lak tergerak meredah macam mana nak buat blog.... he... he... Hari nie pindah ke tempat keja baru coz kena jalankan tugas baru (ala still bangunan yang sama - macam jauh je bunyinya). kat tempat baru nie tak happening langsung asyik kena dok sorang2 je... tu yang boleh dapat idea nak terjah buat blog nie..